Perkembangan yang pesat di dalam industri minyak & gas memerlukan kakitangan teknikal yang cekap, amanah, mahir dan mampu mengendalikan bidang penyelenggaraan dan operasi secara cekap dan sistematik.
Demi memastikan sistem ini berterusan, kami mempelawa calon-calon berkelayakan dan komited untuk menyertai Program Teknologi Petroleum (PTP) yang dijalankan selama satu (1) tahun bertempat di Institut Teknologi Petroleum Petronas (INSTEP), Kuala Terengganu, Terengganu Malaysia.
Program yang ditawarkan:-
Program Teknologi Petroleum 1 (PTP1)
Bidang Pengoperasian:-
- Makmal Analitikal
- Proses
Bidang Penyelenggaraan:-
- Elektrikal
- Intrumentasi
- Mekanikal
Kelayakan untuk memohon:-
- Warganegara Malaysia yang masih bujang;
- LEPASAN DIPLOMA yang telah tamat pengajian dalam bidang Kejuruteraan, Teknikal atau Sains dari institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia;
- Pemohon yang mempuyai Ijazah / Master tidak digalakan memohon;
- Keutamaan bagi mereka yang memperolehi kredit dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik Moden, Fizik dan Kimia pada peringkat SPM;
- Berumur tidak melebihi daripada 30 tahun pada 1 January 2016;
- Sihat tubuh badan dan BMI tidak melebihi 30 Kg/m2;
- Tidak rabun warna dan fizikal sesuai untuk bekerja di dalam industri minyak dan gas;
- Keutamaan diberikan kepada calon yang aktif di dalam sukan dan kepimpinan dan juga mampu berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris.
Kaedah permohonan:-
Sila rujuk iklan program di bawah.
TARIKH TUTUP: 12 NOVEMBER 2015