Thursday, November 12, 2015

Skim Sangkutan & Latihan (SSL) Kerajaan Negeri Sabah

TAWARAN MENYERTAI SKIM SANGKUTAN DAN LATIHAN (SSL) BAGI GRADUAN SISWAZAH DAN DIPLOMA YANG BELUM MENDAPAT PEKERJAAN



Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berasal  dari Sabah yang berkelayakan untuk  menyertai  Skim  Sangkutan  dan  Latihan  (SSL)  bagi  Graduan Siswazah/Diploma  yang  belum mendapat pekerjaan seperti berikut:-

(i)  Graduan Siswazah

No. Notis :  JPAN Bil. 9/2016
Penempatan :  Pelbagai Kementerian/Jabatan Kerajaan Negeri Sabah
Elaun :  RM1000.00 Sebulan
Tempoh Latihan :  Lapan (8) bulan *Tertakluk kepada prestasi semasa*

(ii)  Diploma

No. Notis :  JPAN Bil. (D)7/2016
Penempatan :  Pelbagai Kementerian/Jabatan Kerajaan Negeri Sabah
Elaun :  RM800.00 Sebulan
Tempoh Latihan :  Lapan (8) bulan *Tertakluk kepada prestasi semasa*

2.  SYARAT KEMASUKAN
Pemohon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a)  Warganegara Malaysia (yang mana ibu dan bapa berasal dari Sabah);

(b)  Graduan dan pemegang Diploma yang belum mendapat pekerjaan;

(c)  Ijazah  Sarjana  Muda yang diiktiraf  oleh kerajaan  daripada  institusi-institusi pengajian 
tinggi  tempatan  atau  kelayakan  yang  diiktiraf  setaraf  dengannya;  (Bagi  Graduan Siswazah)

(d)  Diploma  yang  diiktiraf  oleh  kerajaan  daripada  institusi-institusi  pengajian  tinggi  tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;(Bagi pemegang Diploma) dan

(e)  Lulus  Sijil  Pelajaran  Malaysia  atau  yang  setaraf  dengannya  serta  Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa  Melayu  (termasuk  lulus  Ujian  Lisan)  pada  peringkat  Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

3.  CARA MEMOHON
3.1  Permohonan hendaklah dibuat melalui laman web  http://www.sabah.gov.my/jpan.

3.2  Permohonan  yang  diterima  daripada  calon-calon  yang  tidak  memiliki  kelayakan yang disyaratkan tidak akan dilayan dan ditolak.

3.3  Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas 31 Disember 2015, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

3.4  Pihak Kerajaan Negeri tidak terikat untuk memberi pekerjaan tetap atau sementara kepada para peserta skim selepas menamatkan latihan.

3.5  Tarikh tutup permohonan adalah : 20 November 2015

3.6  Keputusan pemilihan calon SSL adalah muktamad.